2:59 AM

The Battle to The Top !!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

2 semester sudah pun berlalu, kini tibalah semester 3 yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan pelajar. Untuk kelas E08D, semester baru bermakna class rep baru. Sebelum itu, izinkan saya menceritakan sedikit mengenai sejarah class rep e08d.

Untuk pengetahuan semua, class rep semester 1 kami ialah Fikri. Fikri dilantik dengan sebulat suara oleh semua orang. Kira cam menang tanpa bertanding gak ar. Anyway, sepanjang dia menjadi class rep, kelas e08d sangat ceria. Fikri berusaha dengan bersungguh-sungguh setiap kali ada pertandingan board presentation. Namun begitu, kelas kami tidak pernah menang. Mungkin sebab tak ada rezeki. Sekitar bulan November 2008, Fikri memberi satu berita yang sangat menyedihkan. Dia kate dia nak berhenti jadi class rep selepas habis Sem 1. Kerana kesiankan dia, semua orang bersetuju. Antara kemenangan yang berjaya dikecapai sepanjang era Fikri ialah kelas e08d mendapat purata markah tertinggi dalam subjek PHYSICS dan ura-ura mengatakan kelas kami juga merupakan the best engineering class (Sem 1).

Melangkah ke semester 2, Mubin pula mengambil alih takhta setelah jawatan tersebut dilepaskan oleh Fikri. Mubin menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Sepanjang era pemerintahan Mubin, banyak kemenangan telah dikecapi oleh kelas e08d. Sebagai contoh, kelas kami berjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan ‘Math Explorace’ dan tempat 1 dalam ‘International Food Exhibition’. Hehe, buat pertama kali kelas engineering yang majoritinya pelajar lelaki berjaya mengalahkan kelas medic. Mubin, dengan bantuan ricky, juga telah banyak berkorban dalam membuat nota Malay A1 yang menyebabkan kelas e08d mendapat pujian dari Puan Najihah. Rakan-rakan e08d menamakan zaman pemerintahan Mubin ini sebagai zaman keemasan. =p

Memandangkan semester 3 sudah tiba, maka masa untuk mengundi kembali lagi. So, siapakah yang akan menyandang jawatan ini. Salah satu daripada 3 jejaka yang hensem lagi bergaya bakal bergelar class rep, kuasa di tangan anda (celcom)

Calon-calon class rep Sem 3
a) Burn
b) Pa’an
c) Zat

Jadi, siapakah yang bakal merangkul takhta class rep e08d untuk Sem 3???
Siapakah yang dapat memberi sinar dan harapan baru kepada e08d-ians???
Adakah class rep Sem 3 akan membuatkan e08d lebih berjaya berbanding Sem 2 dan Sem 1???
Apakah?

Debaran bermula… sama-sama kita nantikan….sekali lagi kami katakan, “pilihan di tangan anda”

Untuk menghangatkan lagi pilihan raya teragung kali ini, kami membenarkan anda untuk terlibat sama dalam proses pengundian. Ala-ala undi pos ar. Apa yang anda perlu buat hanyalah
1. tulis nama calon yang anda ingin undi dan
2. sertakan nama kelas anda di tempat comment(s).

Selamat mengundi, laksanakan kewajiban,

E08D~ STYLISH ~