3:57 PM

jom join league lagi satu

wahai sahabat2 andaiku.

mari kita hangatkan lagi fantasy premier league dengan join league kmb nih.
814453-207137

6:37 PM

Trip to Sepang Report

4 November 2008

Perjalanan dari KMB bermula seawal jam 3.30 petang. Ahli-ahli class-based CAS ni merangkumi ahli-ahli kelas E08D dan M08N. 3 orang pelajar hampir-hampir tertinggal bas akibat sedikit terlewat.

Pejalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit (kot) menuju ke Jabatan Kemasyarakatan Sepang. Ketiadaan Izwan bin Sanusi merangkap setiausaha projek menyulitkan keadaan. Setiausaha gantian, Akmal Hayat dan Nik Naim dilantik sebagai pengganti beliau.

perjalanan ke sepang

Hanya 8 orang Ahli Majlis Tertinggi projek yang menjalankan mesyuarat bersama 3 orang lagi pegawai Jabatan kemasyarakatan Sepang manakala pelajar-pelajar lain hanya dibenarkan berada di atas bas oleh sebab tempat mesyuarat yang agak kecil. Perbentangan projek dari KMB dibentangkan oleh Nabilah M08N. Sambil menikmati pisang goreng panas bersama teh O panas, perkara yang dibincangkan adalah seperti yang berikut:
  1. Kawasan projek
  2. Aktiviti yang akan dilaksanakan
  3. Perbincangan kos projek
  4. Kesesuaian tempat projek
luahan idea

Mendapat kata sepakat, pihak kami bersetuju untuk mengambil projek menaiktaraf sebuah rumah PDK berdekatan dengan kawasan tersebut. Satu lawatan diadakan ke rumah PDK tersebut untuk melihat kesesuaian kawasan projek. Kami dibenarkan masuk untuk melihat apa-apa yang boleh kami bantu pada kemudian nanti. Anggaran kos untuk menaiktarafkan kawasan tersebut paling minimum RM10,000.

Pemandangan dari dalam




perbincangan oleh Akmal Hayat

pemandangan luar

Setelah berpuas hati melihat kawasan projek, kami bertolak pulang ke KMB pada jam 5 petang dan tiba pada 5.30 petang.

10:25 PM

Perasmian Blog E08D

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

"Akhirnya setelah lama menunggu, blog E08D dapat juga diwujudkan atas idea2 ahli2 kelas E08D. Terima kasih kepada yang menyumbang idea. Saya berharap agar kewujudan blog ini dapat memacu kita terus ke arah kejayaan yang cemerlang dan terbilang. Semoga blog ini dapat menjadi wahana untuk kita menyuarakan pendapat, berkongsi ilmu, dan pelbagai lagi. Semoga kewujudan blog ini dapat menghidupkan lagi suasana kelas kita ini.

Dan dengan ini, saya merasmikan blog E08D...(applause)"

-Fikri Zaini (Class rep)


Pandangan penubuhan blog kelas:

"Menarik"
-Lathif

"Idea yang bijak. Semoga bermanfaat untuk semua"
-Akmal_H

"Brilliant idea! I never taught about it before. Hope that this blog can make our relationship between classmates closer and stronger"
-Rick

reaksi semasa perasmian blog

Sekian..