6:37 PM

Trip to Sepang Report

4 November 2008

Perjalanan dari KMB bermula seawal jam 3.30 petang. Ahli-ahli class-based CAS ni merangkumi ahli-ahli kelas E08D dan M08N. 3 orang pelajar hampir-hampir tertinggal bas akibat sedikit terlewat.

Pejalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit (kot) menuju ke Jabatan Kemasyarakatan Sepang. Ketiadaan Izwan bin Sanusi merangkap setiausaha projek menyulitkan keadaan. Setiausaha gantian, Akmal Hayat dan Nik Naim dilantik sebagai pengganti beliau.

perjalanan ke sepang

Hanya 8 orang Ahli Majlis Tertinggi projek yang menjalankan mesyuarat bersama 3 orang lagi pegawai Jabatan kemasyarakatan Sepang manakala pelajar-pelajar lain hanya dibenarkan berada di atas bas oleh sebab tempat mesyuarat yang agak kecil. Perbentangan projek dari KMB dibentangkan oleh Nabilah M08N. Sambil menikmati pisang goreng panas bersama teh O panas, perkara yang dibincangkan adalah seperti yang berikut:
  1. Kawasan projek
  2. Aktiviti yang akan dilaksanakan
  3. Perbincangan kos projek
  4. Kesesuaian tempat projek
luahan idea

Mendapat kata sepakat, pihak kami bersetuju untuk mengambil projek menaiktaraf sebuah rumah PDK berdekatan dengan kawasan tersebut. Satu lawatan diadakan ke rumah PDK tersebut untuk melihat kesesuaian kawasan projek. Kami dibenarkan masuk untuk melihat apa-apa yang boleh kami bantu pada kemudian nanti. Anggaran kos untuk menaiktarafkan kawasan tersebut paling minimum RM10,000.

Pemandangan dari dalam




perbincangan oleh Akmal Hayat

pemandangan luar

Setelah berpuas hati melihat kawasan projek, kami bertolak pulang ke KMB pada jam 5 petang dan tiba pada 5.30 petang.

1 comments:

Usamah said...

akmal2..
nk amik gmba die je..
eh..ak nk amik gmba abg tu je tau sbnrnye bkn kau
nga3